KAJANG, 29 Disember – Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad (BR2.0) telah mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 5.0 peratus kepada anggotanya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Pengumuman tersebut dibuat sempena Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali Ke-2 yang berlangsung di Dewan Jasmine 2, Pusat Perniagaan Bangi Avenue, Kajang, Selangor.
Pengagihan dividen ini mencerminkan prestasi kewangan koperasi yang stabil serta keupayaan BR2.0 mengurus operasi dan pelaburan secara berhemah, selaras dengan prinsip tadbir urus yang telus dan mampan.
MAPT Kali Ke-2 turut membincangkan dan meluluskan beberapa perkara penting berkaitan pengurusan kewangan dan hala tuju koperasi, termasuk pengesahan akaun teraudit, perancangan belanjawan serta strategi pelaburan bagi memastikan kelestarian dan pertumbuhan berterusan.
Pengumuman dividen 5.0 peratus ini sekaligus memperlihatkan komitmen BR2.0 dalam mengutamakan kepentingan anggota dengan memastikan pulangan yang munasabah dan berdaya saing, di samping memperkukuh kedudukan kewangan koperasi untuk jangka panjang.
Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad akan terus memperkasakan peranan koperasi sebagai pemangkin ekonomi anggota melalui pengurusan yang berintegriti, perancangan strategik yang mampan serta sokongan berterusan daripada seluruh anggota.





