Aktiviti & Siaran Media

  1. Home
  2. »
  3. Siaran Media
  4. »
  5. Koperasi Rakyat BR2.0 Umum Dividen 5.5%, Tawar Peluang Pelaburan Untuk Masa Depan

Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Umum Dividen 5.5 Peratus Untuk Tahun Kewangan 2023

Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad umum dividen 5.5 peratus

PUTRAJAYA – Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad (BR2.0) mengumumkan dividen sebanyak 5.5 peratus bagi tahun kewangan 2023 untuk semua anggotanya.

Dividen itu adalah hasil daripada pengurusan yang cekap dan strategi pelaburan yang mantap, yang telah memberikan pulangan yang kompetitif kepada anggota koperasi.

Pengerusinya Datuk Dr Abd Rani Lebai Jaafar berkata, pengagihan ini juga membuktikan kemampuan koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad dalam membina ekonomi yang lebih kukuh dan mampan bukan sahaja kepada ahli tetapi juga buat rakyat Malaysia.

“Kami percaya dividen ini adalah bukti nyata bahawa BR2.0 bukan sahaja sebuah koperasi, tetapi sebuah institusi yang boleh diandalkan untuk memberikan pulangan yang kompetitif kepada anggota-anggota.

“Ini bukan sahaja tentang dividen. Ini adalah tentang mencapai matlamat bersama dan memastikan bahawa setiap ringgit yang dilaburkan memberikan manfaat yang nyata,” katanya pada majlis pengumuman dividen berkenaan, semalam.

Beliau berkata, koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad juga bukan sekadar platform pelaburan, tetapi adalah sebuah komuniti yang berkembang bersama sekali gus membina kekuatan ekonomi melalui kerjasama.

Menurutnya, dengan pulangan yang berbaloi ini turut menjadi bukti Pelaburan dalam Koperasi Rakyat BR2.0 bukan sahaja menawarkan pulangan yang kompetitif, tetapi juga adalah langkah bijak untuk memastikan masa depan kewangan yang lebih terjamin.

“Di BR2.0, kami menyediakan peluang pelaburan yang menguntungkan, sambil memberi impak positif kepada kesejahteraan komuniti.

“Sebagai satu komuniti yang saling menyokong, kami percaya bahawa usaha rakyat untuk membantu rakyat akan membawa kepada pembangunan ekonomi yang lebih stabil dan mampan.

“Setiap pelaburan yang anda buat bukan sahaja memperkukuhkan kedudukan kewangan anda, tetapi juga menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan,”katanya.

Katanya, dengan komitmen dan usaha berterusan yang ditunjukkan, pihaknya juga yakin dividen tahun 2024 juga akan lebih baik berbanding tahun 2023 sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi yang lebih berdaya saing.

Sumber Berita: https://www.max-infos.com/2024/12/11/koperasi-rakyat-br2-0-malaysia-umum-dividen-5-5-peratus-untuk-tahun-kewangan-2023/

Artikel Berkaitan

Aktiviti Terkini
Siaran Media