Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad
Tabung Khairat Kematian Anggota
Tabung Khairat Kematian Anggota merupakan satu inisiatif kebajikan oleh Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad (BR2.0) bagi membantu meringankan beban kewangan anggota atau waris apabila berlaku kematian anggota atau ahli keluarga terdekat yang layak.
Tabung ini diwujudkan selaras dengan prinsip keprihatinan sosial dan semangat tolong-menolong dalam gerakan koperasi. Sehubungan dengan kelulusan tersebut, pihak koperasi kini membuka penyertaan kepada semua anggota yang layak untuk menyertai Tabung Khairat Kematian sebagai salah satu inisiatif kebajikan koperasi.
Objektif Tabung
- Membantu perbelanjaan pengurusan kematian anggota atau keluarga terdekat.
- Memberi bantuan kewangan kepada waris atau tanggungan.
- Meringankan beban sara hidup keluarga yang ditinggalkan.
- Memperkukuh elemen kebajikan dan semangat saling membantu dalam kalangan anggota koperasi.
Siapa Yang Layak
Penyertaan adalah terbuka kepada:
- Semua anggota berdaftar Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad.
- Anggota yang bersetuju dengan potongan sumbangan RM3.00 sebulan.
- Anggota yang mematuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan dalam Aturan Tabung Khairat Kematian.
Manfaat Penyertaan
Kematian Anggota
RM 1,000.00
Kematian Pasangan
RM 750.00
Kematian Anak (Maks 3)
RM 500.00
Sokongan kebajikan penuh di saat memerlukan
Cara Penyertaan
Anggota yang berminat untuk menyertai boleh memilih salah satu cara berikut:
Hubungi Pihak Pengurusan
Berhubung terus dengan pihak koperasi.
Borang Penyertaan
Isi borang yang disediakan oleh koperasi.
Pihak Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad menggalakkan semua anggota untuk menyertai Tabung Khairat Kematian ini sebagai langkah kebajikan dan perlindungan sosial kepada diri serta keluarga.