Pembiayaan i-Kontrak
(Tawarruq)
Pembiayaan i-Kontrak merupakan kemudahan pembiayaan patuh Syariah yang ditawarkan oleh Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad, berasaskan konsep Tawarruq bagi membantu anggota memperoleh pembiayaan tunai secara sah, telus dan berlandaskan prinsip Islam.
Mekanisme: Melalui pembiayaan ini, koperasi menjual komoditi kepada anggota secara bayaran tertangguh. Anggota kemudiannya mewakilkan koperasi untuk menjual komoditi tersebut kepada pihak ketiga bagi mendapatkan tunai.
Konsep Syariah
Pembiayaan ini dilaksanakan berdasarkan prinsip berikut:
Tawarruq
Jual beli komoditi
Wakalah
Perwakilan untuk urusan
Sistem Bersepadu
Sistem tawarruq dan aplikasi pihak ketiga
Patuh Syariah
Prinsip patuh Syariah sepenuhnya
Maklumat Produk i-Kontrak
Jumlah Maksimum
RM 200,000
Tempoh Pembiayaan
Sehingga 120 bulan
(10 tahun)
Kadar Keuntungan
4% – 10% setahun
Kaedah Kiraan
Rule 78
Status
Patuh Syariah
Syarat Kelayakan
Pemohon hendaklah:
- Anggota Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad
- Mempunyai minimum syer RM1,000
- Berjawatan tetap dan disahkan jawatan
- Potongan gaji tidak melebihi 60%
- Debt Service Ratio (DSR) tidak melebihi 50%
- Tempoh bayaran tamat dua (2) bulan sebelum persaraan
Kaedah Bayaran Balik
Potongan Gaji
Melalui majikan atau Biro Perkhidmatan Angkasa
Arahan Bank / Bank-in
Bayaran alternatif khusus bagi kes-kes khas sahaja
Caj & Kemudahan
Fi Wakalah
Mengikut kadar Bursa Al-Sila
Ibra'
Rebat bagi penyelesaian awal
Ta'widh
Caj kelewatan bayaran (Penalti)