Aktiviti

Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad terus memperkukuh komitmennya terhadap tadbir urus yang telus, berintegriti dan berdaya saing menerusi penganjuran Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali Ke-2. Penganjuran mesyuarat ini merupakan platform penting dalam memperkukuh hubungan antara barisan kepimpinan koperasi dengan para perwakilan, di samping memastikan hala tuju dan pembangunan koperasi …

Mesyuarat Agung Kawasan

Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad terus memperkukuh hubungan dan kerjasama dengan para anggotanya menerusi penganjuran Mesyuarat Agung Kawasan sebagai salah satu platform penting dalam memastikan penglibatan aktif anggota terhadap pembangunan dan hala tuju koperasi. Penganjuran mesyuarat ini bertujuan menyediakan ruang komunikasi dua hala yang berkesan antara anggota dengan barisan kepimpinan …

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali Ke-1

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali Ke-1 | 10 Disember 2024 Putrajaya, 10 Disember 2024 — Seramai 20 anggota perwakilan Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad (BR2.0) telah menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali ke-1 bertempat di Hotel Marina, Putrajaya. Majlis MAPT ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Datuk …

BR2.0 Santuni Anak Yatim At-Taqwa

BR2.0 Santuni Anak Yatim At-Taqwa | 3 Jun 2024 Seramai lapan orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana, Puchong diraikan di kediaman Dato’ Syed Abdul Aziz bin Syed Hassan, Bendahari Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad. Setiausaha, Encik Abd Samad bin Khalid dan Ketua Perancangan Perniagaan, Encik Lukman …

Anggota Lembaga dan kakitangan Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad (BR2.0) telah berjaya menyelesaikan kursus anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) pada 12 – 13 Jun 2024 bertempat di UNITEN, Kajang, Selangor. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Shafiq dan Cik Nor Syuhada daripada IKMa yang telah menyampaikan maklumat serta penerangan …

Kunjungan Hormat KOPETRO ke Pejabat BR2.0

Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad (BR2.0) telah menerima kunjungan hormat daripada Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) pada 28 Mei 2024 bertempat di Pejabat Urusan BR2.0, Putrajaya. Hadir bersama kunjungan ialah Naib Pengerusi KOPETRO, Encik Wan Ahmad Tarmizi bin Wan Abdul Rahman dan empat orang kakitangan KOPETRO. Pengerusi BR2.0, Datuk Dr. …