Realisasikan impian dan keperluan anda sekarang dengan pembiayaan peribadi yang fleksibel dari kami! Nikmati akses kemudahan dana sehingga RM 200,000.00 dengan pilihan ansuran pembiayaan sehingga 10 tahun.

TERMA DAN SYARAT ASAS

SOALAN LAZIM

Pembiayaan peribadi BR2.0 dikenali sebagai Pembiayaan i-Bantu adalah satu pembiayaan peribadi tidak bercagar. Ini bermaksud anda tidak perlu menyediakan cagaran atau penjamin untuk mohon pembiayaan ini. Pembiayaan i-Bantu adalah berkonsep Syariah dan mengaplikasikan konsep Tawarruq.

Pembiayaan boleh dimohon selagi mana potongan di slip gaji tidak melebihi 60%.

Jumlah maksima: RM200,000

Jumlah minima: RM10,000

Mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Pinjaman peribadi BR2.0 tidak menerima peminjam yang tersenarai di bawah Program Pengurusan Kredit AKPK.

Pembiayaan anda dibayar balik setiap bulan melalui potongan gaji automatik yang diproses oleh Biro Potongan Angkasa (BPA).

Untuk pembiayaan peribadi BR2.0, kelulusan adalah secepat 5-7 hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima. Manakala kemasukan wang ke dalam akaun akan mengambil masa 3 hari bekerja daripada tarikh perjanjian ditandatangani.  Harap maklum bahawa masa yang ditunjukkan adalah berdasarkan usaha terbaik dan tidak dijamin walau apa jua keadaan.

Yuran sebanyak RM30 setiap bulan. 

Pembiayaan i-Bantu mempunyai perlindungan Takaful.

Untuk setiap permohonan yang diluluskan bayaran-bayaran berikut akan ditolak terus daripada jumlah pembiayaan:

  1. Yuran Proses
  2. Duti Setem
  3. Takaful

Ya, anda boleh membuat pembiayaan bertindih (overlap) untuk Pembiayaan i-Bantu. 

Ya, anda boleh membuat penjelasan awal untuk Pembiayaan i-Bantu mengikut prosedur yang ditetapkan.