
Dato’ Syed Abdul Aziz bin Syed Hassan
Pengerusi / Anggota Lembaga Koperasi
ANGKASA ditadbir oleh lapan (8) orang Lembaga diketuai oleh seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden, enam orang Anggota Lembaga ANGKASA termasuk seorang wakil daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan seorang wakil daripada Kementerian Kewangan.

En. Abdul Samad bin Khalid
Setiausaha / Anggota Lembaga Koperasi
Mantan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rakyat Holdings Sdn. Bhd., dan Naib Presiden Bank Rakyat. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat Berlesen dengan pengalaman melebihi 15 tahun. Beliau memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada Victoria University, Melbourne.

-
Bendahari / Anggota Lembaga Koperasi

Datuk Haji Zamri @ Fazillah bin Salleh
Anggota Lembaga Koperasi
Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (KUSKOP). Ahli Lembaga Pemegang Amanah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan TEKUN Nasional. Terlibat dalam pasukan penulis Bab 9 Dokumen RMke-11 bertajuk “Mentransformasi Perkhidmatan Awam untuk Produktiviti”

Dato’ Haji Zazali bin Haron
Anggota Lembaga Koperasi
Mantan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 1995, 2006, 2013 dan 2017. Ahli Jawatankuasa Koperasi Usaha Sama Berhad (KOSMA). Ahli Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan (M3PK), Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) dan Badan Kebajikan dan Sukan SKM.

Sr. Ismail bin Mohammad
Anggota Lembaga Koperasi
Pengarah JAZ International Malaysia Sdn. Bhd dan Anggota Royal Institution of Surveyors Malaysia (MRISM). Penilai Berdaftar, Ejen Harta dan Pengurus Harta dengan Lembaga Penilai, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta.

Prof. Dr. Juhary @ Omar Bin Ali @ Mat Ali
Anggota Lembaga Koperasi
Kini berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor dan Dekan di School of Arts, Humanities and Social Sciences di Asia e University. Seorang sarjana yang sangat berjaya sebagai penulis, serta penyelia pelajar PhD, DBA, dan MSc.

Dato' Khusairi Bin Wahijan
Anggota Lembaga Koperasi
Graduan PhD dari Swiss School of Management dan Warsaw Management University