BR2.0 Santuni Anak Yatim At-Taqwa

BR2.0 Santuni Anak Yatim At-Taqwa | 3 Jun 2024 Seramai lapan orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana, Puchong diraikan di kediaman Dato’ Syed Abdul Aziz bin Syed Hassan, Bendahari Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad. Setiausaha, Encik Abd Samad bin Khalid dan Ketua Perancangan Perniagaan, Encik Lukman bin Mahmood turut bersama menyantuni anak-anak tersebut. Anak-anak yang diraikan ceria dapat bermain, mandi-manda dan menerima sampul pemberian Dato’ Syed Abdul Aziz. BR2.0 berharap aktiviti di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebegini dapat dilaksanakan dengan lebih kerap pada masa akan datang.

Picture of Admin
Admin

Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad telah didaftarkan pada 6 September 2022 sebagai satu inisiatif di bawah KUSKOP untuk menyumbang ke arah pembangunan ekonomi kumpulan B40 dan M40 serta mewujudkan peluang dalam perniagaan dan pekerjaan.