BIDANG PERNIAGAAN UTAMA
Memacu Pertumbuhan Perniagaan, Memperkasa Kesejahteraan Masyarakat

Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad melaksanakan pendekatan perniagaan yang mengimbangi penjanaan keuntungan dengan tanggungjawab sosial.
Model perniagaan koperasi dibahagikan kepada dua komponen utama, iaitu 70% Perniagaan Komersial dan 30% Perniagaan Berteraskan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
Pendekatan ini bertujuan memastikan pertumbuhan perniagaan dapat dilaksanakan seiring dengan usaha menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

Bidang Perniagaan

Hartanah
Menawarkan penyelesaian kepada masalah pemilikan rumah yang fokus kepada segmen belia dan Miskin Bandar serta orang awam

Pertanian
Menyediakan perkhidmatan sokongan kepada petani tempatan dan usahawan tani dari segi logistik, pemasaran dan sistem

Makanan
Meninjau semula rantaian bekalan dan menyediakan barangan berkualiti melalui BR2.0 Mart yang dibuka di seluruh negara

Kewangan
Menawarkan khidmat kewangan berasaskan 'profit sharing' dan penyelesaian kredit kepada anggota dan usahawan

Perubatan
Membolehkan golongan B40 & M40 menikmati kemudahan hospital swasta melalui sumbangan CSR BR2.0

Saham
Memperuntukkan sebahagian bantuan kewangan dalam bentuk saham untuk menggalakkan pelaburan

Sekuriti Makanan
Menjamin bekalan barangan berkualiti melalui strategi import

Kebajikan
Menyokong kanak-kanak berkeperluan khas melalui kebajikan dan peluang pekerjaan